Tuesday, July 29, 2008

Selamat Datang ke PERMAS UKM

Assalamualaikum wrt. dan Salam Muhibbah..
Barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco PERMAS UKM mengucapkan syabas dan Tahniah kepada semua mahasiswa UKM yang mendaftar sebagai ahli PERMAS UKM sesi 2008/2009.
Kami turut mengalu-alukan kedatangan mahasiswa yang bukan dari Selangor yang mendaftar sebagai ahli PERMAS UKM, Terima Kasih kerana memilih PERMAS UKM sebagai pilihan di hati anda.
Untuk pengetahuan semua, dengan pendaftaran anda sebagai ahli PERMAS UKM, maka dengan itu menjadi tanggungjawab kami menjaga segala hal kebajikan anda di UKM. Sekiranya anda menghadapi masalah, jangan segan silu untuk datang sendiri ke Bilik Gerakan PERMAS UKM di aras 3 PUSANEKA.
Akhir kata, Selamat menjadi AHLI KELUARGA PERMAS UKM sesi 2008/2009. Pendaftaran ahli PERMAS UKM n\masih lagi dibuka sampai bila.....

Salam Muhibbah...

Monday, July 14, 2008

Terima Kasih

Salam..
Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua barisan fasilitator yang membantu SMK Meru Klang dalam menjayakan program Tahsin An-Nafs pada 12 July 2008bersamaan hari Sabtu...

Barisan Fasilitator
Ilyas,NurisMail, IsMail, Faizal, Kak Fizah, Kak Suriani, Kak Faizah, Dayang, Farahana, Fatkhiah, Izzati, Liyana

Bestkan perjalanan pergi SMK Meru naik Komuter =P

Thursday, July 10, 2008

SALAM TAKZIAH untuk PRESIDEN

Dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Presiden PERMAS Sdr. Zulkarnain bin Abdullah Zawawi telah kembali ke Rahmatullah pada 07 July 2008 bersamaan hari Isnin. Sehubungan dengan itu pihak PERMAS UKM mengucapkan takziah kepada Sdr. Zulkarnain. Semoga Roh Ayahanda Zul dicucuri Rahmat Allah S.W.T dan berharap agar beliau tabah dalam menjalani kehiupan sebagai Mahasiswa. Barisan MT dan EXCO PERMAS UKM sentiasa menyokong Sdr. Presiden. Sehubungan dengan POLISI KEBAJIKAN PERMAS UKM dijalankan kepada Sdr. Zulkarnain.