Friday, October 30, 2009

MESYUARAT TERGEMPAR !!!

Perhatian kepada semua Majlis Tertinggi dan Exco-Exco PERMAS UKM
Anda diminta menghadiri satu mesyurat tergempar yang akan dipengerusikan oleh
Tuan Presiden PERMAS UKM.
Mesyuarat akan dijalankan pada ketetapan berikut :
HARI : ISNIN
TARIKH : 02 NOVEMBER 2009
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT BILIK GERAKAN PERMAS UKM
PRESIDEN MENGHARAPKAN KEHADIRAN ANDA SEMUA
SEMUA WAJIB DATANG..
Mesej ini admin terima drpd Tuan Presiden
Jam : 10:46am
Tarikh : 30/10/2009
By : Phone Admin ler....=)

Sunday, October 25, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PERMAS 2009/2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang disayangi. Pertama sekali saya selaku Presiden Permas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada exco saya yang mengupgradekan blog permas ini, semoga dengan menggunakan media blog ini dapat merapatkan lagi ukhwah kita. Dan di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir kepada sahabat-sahabat, terutama kepada semua mahasiswa UKM. Di sini saya ingin berkongsi sedikit persiapan yang mungkin dapat membantu kita untuk menghadapi peperiksaan kelak. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadapai peperiksaan dengan baik dan lancar.

PERSEDIAAN AKHIR PEPERIKSAAN

1. Ulang kaji nota-nota ringkas setiap subjek dan gunakan buku rujukan bila perlu.
2. Sediakan jadual ulang kaji yang lebih intensif.
3. Jika timbul ketidakpastian, bincang dengan pensyarah dan juga sahabat-sahabat.
4. Dapatkan set-set soalan sem-sem lepas.
5. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
6. Analisis jadual peperiksaan, gariskan subjek yang anda ambil dan beri perhatian kepada perkara-perkara seperti tarikh, masa, tempat peperiksaan, kod kursus dan juga bahan persiapan menghadapi peperiksaan.
7. Lakukan sebanyak mungkin ibadah kepada Allah, banyak berdoa, banyak kan sembahyang sunat dan lain-lain..

PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN

1. Tidur awal pada hari peperiksaan, satu jam lebih awal, ini penting untuk kesihatan badan dan juga kecergasan minda, kerana perlu di ingat otak kite perlukan 6-8 jam setiap hari untuk berehat.
2. Pastikan anda membawa semua peralatan yang diperlukan semasa peperiksaan, jangan buat persediaan pada hari-hari terakhir.
3. Ingat! Kena ambil sarapan pagi.
4. Pastikan telah berada di tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.
5. Sementara menunggu peperiksaan bermula, lakukan ulangkaji cepat menggunakan carta minda, mind mapping atau akronim untuk mengingatkan isi-isi penting sepintas lalu sahaja.
6. Jagalah kesihatan anda sebaik mungkin.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika ada simptom yang meragukan.

Sekian,
Salam PERMAS untuk semua
Ikhlas
Sdr. Mohd Faizal bin Hj. Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Selangor
Sesi 2008/2009



Friday, October 23, 2009

Blog Berwajah Baru~



Salam PERMAS UKM semua..
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus..akhirnya admin berjaya siapkan wajah terbaru blog PERMAS UKM. Admin hanya menukarkan layout dan sedikit widget pada blog PERMAS UKM yang lama. Sekadar memberi nafas baru kepada blog ini. Diharapkan kepada semua ahli PERMAS UKM tidak jemu untuk melayari laman blog ini.

Kepada semua, admin mengharapkan komen yang membina agar blog ini dari semasa ke semasa akan diperbaiki, diperindahkan dan sebagainya. Salam PERMAS UKM kepada semua. Kepada pengunjung blog harap sudi-sudikan diri untuk chat di ruangan SiLa Ler RajiN2 cHat Ae...
Sekian , Wassalam