Thursday, March 20, 2008

Dana Untuk Komputer Baru PERMAS

Komputer di bilik PERMAS yang uzur

PERHATIAN kepada semua komuniti PERMAS...

Komputer di bilik PERMAS telah lama digunakan dan telah pun sampai ke penghujung usianya. Pihak PERMAS amat memerlukan sebuah komputer bagi tujuan:
  1. Memudahkan gerak kerja dan pentadbiran urusan rasmi persatuan.
  2. Menyimpan rekod dan data segala aktiviti persatuan.
  3. Menyimpan rekod segala butiran komuniti PERMAS.
  4. Sebagai pengkalan data untuk maklumat yang berguna untuk tujuan persatuan.
  5. Menjadi keperluan untuk sistem penyampaian secara online kepada komuniti PERMAS

Oleh itu, pihak PERMAS bercadang untuk membeli satu set komputer baru yang boleh digunakan untuk tujuan diatas. Spesifikasi adalah berpadanan dengan teknologi semasa dan jangka hayat bagi kegunaan persatuan dalam jangka masa panjang.

Dana bagi tujuan pembelian komputer ini akan dibuka tidak lama lagi. Sesiapa sahaja sama ada yang telah bekerja atau masih belajar boleh lah sama-sama menghulurkan sumbangan bagi tujuan pembelian tersebut.

Dana sasaran adalah sebanyak RM2500.00. Anda akan dapat mengetahui jumlah dana terkumpul tersebut di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Jumlah adalah untuk membeli satu set komputer dan peralatan lain yang difikirkan perlu.Sumbangan dalam bentuk bukan kewangan juga diterima.

Sebarang sumbangan atau pertanyaan boleh dibuat melalui maklumat berikut:

Persatuan Mahasiswa Selangor UKM,Paras 3,Bangunan Pusanika,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi,Selangor.

Email : permas_ukm@yahoo.com Hp: 0192383276 (En.Azezul)

2 comments:

Anonymous said...

salam bro..

kalau RM3500 boleh angkat 1 laptop. moga2 dpt dana yg mencukupi.

Anonymous said...

PC tu mmg dah lama..sejak tahun 2000 lagi..mmg patut tukar baru.