Monday, March 31, 2008

KURSUS KAHWIN
kerjasama
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Sabda Rasullullah S.A.W;"Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai dan dikasihi serta disayangi".
TARIKH : 12 DAN 13 APRIL 2008
TEMPAT : UKM
BAYARAN : RM 25 (MAHASISWA UKM)
: RM 50 (ORANG AWAM)
MASA : DARI JAM 8 PAGI HINGGA 5 PETANG
bayaran serendah ini hanya datang sekali sahaja.. oleh itu jangan lepaskan peluang yang ada..
kalau bukan kursus kahwin kali ini anda pasti akan mengambilnya yang beza adalah peluang dan jumlah bayaranya.
PENDAFTARAN BOLEH DATANG TERUS KE BILIK PERMAS

Wednesday, March 26, 2008

DEDIKASI KPD RAKAN2 ANDA

-EXAM DAH SEMAKIN DEKAT-
-DEDIKASIKAN UCAPAN ANDA KPD RAKAN2-
-DEDIKASI ADALAH DLM BENTUK-
-COKLAT,GULA2,LOLIPOP DAN KAD-

BOLEH ORDER KAT
BLK PERMAS
OR
CALL ATIQ DI NO 012-3979841


COKLAT+GULA2+LOLIPOP+KAD = RM 5

COKLAT+LOLIPOP = RM 2.50

COKLAT+GULA2 = RM 2.50

Thursday, March 20, 2008

Dana Untuk Komputer Baru PERMAS

Komputer di bilik PERMAS yang uzur

PERHATIAN kepada semua komuniti PERMAS...

Komputer di bilik PERMAS telah lama digunakan dan telah pun sampai ke penghujung usianya. Pihak PERMAS amat memerlukan sebuah komputer bagi tujuan:
  1. Memudahkan gerak kerja dan pentadbiran urusan rasmi persatuan.
  2. Menyimpan rekod dan data segala aktiviti persatuan.
  3. Menyimpan rekod segala butiran komuniti PERMAS.
  4. Sebagai pengkalan data untuk maklumat yang berguna untuk tujuan persatuan.
  5. Menjadi keperluan untuk sistem penyampaian secara online kepada komuniti PERMAS

Oleh itu, pihak PERMAS bercadang untuk membeli satu set komputer baru yang boleh digunakan untuk tujuan diatas. Spesifikasi adalah berpadanan dengan teknologi semasa dan jangka hayat bagi kegunaan persatuan dalam jangka masa panjang.

Dana bagi tujuan pembelian komputer ini akan dibuka tidak lama lagi. Sesiapa sahaja sama ada yang telah bekerja atau masih belajar boleh lah sama-sama menghulurkan sumbangan bagi tujuan pembelian tersebut.

Dana sasaran adalah sebanyak RM2500.00. Anda akan dapat mengetahui jumlah dana terkumpul tersebut di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Jumlah adalah untuk membeli satu set komputer dan peralatan lain yang difikirkan perlu.Sumbangan dalam bentuk bukan kewangan juga diterima.

Sebarang sumbangan atau pertanyaan boleh dibuat melalui maklumat berikut:

Persatuan Mahasiswa Selangor UKM,Paras 3,Bangunan Pusanika,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi,Selangor.

Email : permas_ukm@yahoo.com Hp: 0192383276 (En.Azezul)

BERSAMA ADI PUTRA (ikon Matematik)


Kepada semua mahasiswa UKM jangan lepaskan peluang berjumpa dan bermesra bersama Adi Putra pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Peluang ini hanya akan datang sekali sahaja.