Showing posts with label Permas. Show all posts
Showing posts with label Permas. Show all posts

Monday, December 21, 2009

SeLaMaT KeMbaLi MahaSiswa/I UKM

Saf kepimpinan PERMAS UKM mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus UKM dengan meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang yang bergelar Mahasiswa/i. Tidak lupa juga PERMAS UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431, Semoga tahun ini mendatangkan 1001 kejayaan kepada anda semua.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada Mahasiswa/i yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Peperiksaan Sem 1 sesi 2009/2010. Ukuran kejayaan bukanlah hanya sekadar tinggi pointer semata-mata tetapi aplikasi ilmu yang anda gunakan untuk orang lain.

Aktiviti PERMAS UKM akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini.


Sunday, December 17, 2006

Program-program

Diantara program-program anjuran PERMAS adalah seperti berikut :

  • Program Selangor Gemilang (PSG)-Program motivasi untuk pelajar sekolah
  • Jalinan Kasih Semarak Budi (JASDI)-Operasi khidmat masyarakat
  • Lawatan Muhibah -Program lawatan ke rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan sebagainya.
  • Mesyuarat Agung Tahunan - Pemilihan exco baru
  • Malam Darul Ehsan (MDE)- Jamuan makan malam untuk semua ahli PERMAS
  • Hari Keluarga PERMAS - Sukaneka dan berbagai aktiviti untuk ahli PERMAS
  • Sukan Dan Rekreasi - Program kerjasama dengan PROSTAR

Objektif

· Menjaga Kebajikan Ahli-Ahli PERMAS UKM

· Mendedahkan Pengalaman Berorganisasi

· Mengeratkan Silaturrahim

· Mendedahkan Pelajar Dengan Masyarakat Setempat

· Mencungkil Bakat-Bakat Kepimpinan Yang Ada Pada Ahli-Ahli Permas

Matlamat

Menjadi sebuah persatuan anak negeri yang berkebolehan dalam:

· Menjaga kebajikan dan membantu ahli yang memerlukan bantuan

· Mendedahkan ahli kepada pengalaman berorganisasi serta mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli

· Menjalinkan hubungan diantara ahli dengan ahli dan ahli dengan masyarakat

Misi

Memastikan hubungan diantara mahasiswa/I Selangor terjalin dan kebajikan mereka terjamin

Menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri Selangor serta membantu untuk membina satu masyarakat yang maju dan berkualiti.

Melahirkan mahasiswa/I Selangor yang terpimpim dan berketrampilan untuk mendadi agen perubahan dan pemimpin masyarakat

Visi

Persatuan Mahasiswa Selangor berazam menjadi sebuah persatuan yang berkebolehan dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah untuk membina masyarakat berilmu dan terdidik dengan nilai-nilai murni.

Sejarah Persatuan Mahasiswa Selangor

PERMAS UKM ditubuhkan pada tahun 1974, lewat empat tahun penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Atas kesedaran yang timbul, beberapa orang mahasiswa Selangor yang prihatin terhadap soal kebajikan mahasiswa Selangor di UKM mula menggerakkan persatuan ini secara berperingkat.

Kemudian pada tahun 2000, persatuan ini didaftarkan sekali lagi berdasarkan kelulusan penubuhan Badan Pelajar di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, seksyen 53 (1) Perlembagaan Universiti (pindaan 1998). Pejabat Urusan PERMAS terletak di Paras 3, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.