Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Sunday, October 25, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PERMAS 2009/2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang disayangi. Pertama sekali saya selaku Presiden Permas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada exco saya yang mengupgradekan blog permas ini, semoga dengan menggunakan media blog ini dapat merapatkan lagi ukhwah kita. Dan di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir kepada sahabat-sahabat, terutama kepada semua mahasiswa UKM. Di sini saya ingin berkongsi sedikit persiapan yang mungkin dapat membantu kita untuk menghadapi peperiksaan kelak. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadapai peperiksaan dengan baik dan lancar.

PERSEDIAAN AKHIR PEPERIKSAAN

1. Ulang kaji nota-nota ringkas setiap subjek dan gunakan buku rujukan bila perlu.
2. Sediakan jadual ulang kaji yang lebih intensif.
3. Jika timbul ketidakpastian, bincang dengan pensyarah dan juga sahabat-sahabat.
4. Dapatkan set-set soalan sem-sem lepas.
5. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
6. Analisis jadual peperiksaan, gariskan subjek yang anda ambil dan beri perhatian kepada perkara-perkara seperti tarikh, masa, tempat peperiksaan, kod kursus dan juga bahan persiapan menghadapi peperiksaan.
7. Lakukan sebanyak mungkin ibadah kepada Allah, banyak berdoa, banyak kan sembahyang sunat dan lain-lain..

PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN

1. Tidur awal pada hari peperiksaan, satu jam lebih awal, ini penting untuk kesihatan badan dan juga kecergasan minda, kerana perlu di ingat otak kite perlukan 6-8 jam setiap hari untuk berehat.
2. Pastikan anda membawa semua peralatan yang diperlukan semasa peperiksaan, jangan buat persediaan pada hari-hari terakhir.
3. Ingat! Kena ambil sarapan pagi.
4. Pastikan telah berada di tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.
5. Sementara menunggu peperiksaan bermula, lakukan ulangkaji cepat menggunakan carta minda, mind mapping atau akronim untuk mengingatkan isi-isi penting sepintas lalu sahaja.
6. Jagalah kesihatan anda sebaik mungkin.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika ada simptom yang meragukan.

Sekian,
Salam PERMAS untuk semua
Ikhlas
Sdr. Mohd Faizal bin Hj. Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Selangor
Sesi 2008/2009



Monday, July 16, 2007

Selamat Datang

Seluruh Warga PERMAS Mengucapkan Selamat Datang
Kepada Mahasiswa Baru Universiti Kebangsaan Malaysia
"Segalanya Bermula Di sini"

Thursday, December 28, 2006

Salam Aidiladha


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

diucapkan kepada

Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Dato' Dr. Mohd. Wahid Samsudin
Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Pelajar & Alumni)

Pegawai-pegawai
Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Urusetia-urusetia rakan HEP
Universiti Kebangsaan Malaysia

Persatuan-Persatuan Anak Negeri
Universiti Kebangsaan Malysia

Persatuan-Persatuan dan Kelab-Kelab
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat-Penasihat PERMAS

Ahli-Ahli PERMAS
Universiti Kebangsaan Malaysia

Mantan-mantan
Persatuan Mahasiswa Selangor

Semua Mahasiswa dan Mahasiswi
Universiti Kebangsaan Malaysia


daripada


Majlis Tertinggi dan Exco
Persatuan Mahasiswa Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Paras 3,Bangunan Pusanika,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, December 27, 2006

Pres Berkata..

Assalammualaikum dan selamat bertemu...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya, kita masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan perjalanan hidup dan melaksanakan amanah yang masih dipikul di bahu kita.Sama ada amanah kita kepada pencipta kita atau amanah kita sesama makhluk.

Dalam sekejap masa sahaja kita telah tiba ke tahun baru, tahun 2007 dan meninggalkan tahun 2006 yang hanya akan tinggal sebagai satu kenangan indah, penuh dengan gelak ketawa, pahit, sedih dan sebagainya yang dapat dirasa. Malahan segala perbuatan kita pada tahun 2006 hanya tinggal tertulis di buku catatan amalan kita pada malaikat rakib dan ‘atid. Kita sebagai manusia dan juga hamba Allah yang tidak berupaya, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan mencari mana kelemahan dan kesalahan kita. Andainya kita sedar akan kelemahan dan kesalahan itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki dan memperbetulkannya. Agar kita tidak leka dan lena dengan apa yang kita lakukan. Kerana kita akan kembali ke sisi-Nya pada bila-bila masa. Andai masanya telah tiba Izrail akan datang menyambut.

Mahasiswa dan mahasiswi, sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan, abang-abang dan adik-adik yang amat diriku kasihi dan sayangi. Tahun baru telah tiba dan Januari 3 kita kembali bermula meneruskan semester. Ingin mengingatkan diri ku ini yang sering lupa dan leka dan juga semua yang membaca, teruskan bersungguh-sungguh mempelajari sementara anda berpeluang lagi. Sewaktu bergelar dan berstatus pelajar lah peluang untuk mahasiswa dan mahasiswi sekalian belajar apa yang seharusnya dan sepatutnya. Janganlah melakukan apa yang tidak sepatutnya anda semua lakukan. Sekadar mengingat diri sendiri dan juga rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi sekalian. Bukankah falsafah UKM adalah “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti”.Kita sebagai penuntut di universiti tercinta ini seharusnya menghayati dan menamnya falsafah ini didalam jiwa.

Tidak lupa kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco PERMAS sesi 2005/2006 yang telah banyak membantu dan menyokong saya selama saya memegang jawatan sebagai presiden PERMAS bagi sesi ini.Tanpa anda semua siapalah saya, dan tanpa diri anda semua PERMAS hanya pada nama. Tetapi dengan semangat kerjasama, silaturrahim, kecekalan dan ketabahan, segala cabaran dan kesusahan kita tempuhi bersama.

Izinkan saya sebutkan nama mereka secara panggilan kerana dengan nama ini terasa rapat dan mesra Ijam, Ayuni, Anim, Haris, Awin, Izlin, Farah, Jabar, Aisyah, Amin, Yat, Rahim, Min, Pian, Aisyah, Haryadi, Aliaa, Fisol, Zurina, Ros, Kak Azidah. Mereka semualah barisan kepimpinan yang telah bertungkus lumus dan bekerjasama bersama-sama saya dalam meneruskan dan mengadakan program-program PERMAS.

Pada bulan satu ini adalah tempoh terakhir jawatan saya dan kami semua. Kepada yang masih meneruskan dan memegang jawatan diharapkan dapat teruskan dan lipat gandakan usaha. Kerana saya percaya pada rakan-rakan semua. Teruskan bawa PERMAS supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada yang lain yang bakal memegang jawatan di dalam PERMAS, tak kira sesiapa pun bantulah PERMAS dan teruskan usaha-usaha murni PERMAS. Kerana saya sayang dengan PERMAS. Sesuatu kenangan yang tidak akan dilupakan. Nasihat saya berkasih sayang dan bermesralah.

Jalinan Kasih Semarak Budi (JASDI V) baru sahaja selesai. Program yang amat menarik dan banyak memberikan pengalaman kepada saya.Diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat :

  • Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo,Menteri Besar Selangor Darul Ehsan
  • Yang Berhormat Puan Noriah Kasnon,Setiusaha Parlimen
  • Yang Berbahagia Dato’ Hj Masloro Hj Abdullah,Wakil Peribadi Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo
  • JKKK kampong Sg. Hj Dorani
  • Pihak Sekolah Kebangsaan Sg. Hj. Dorani
  • Penduduk-penduduk Kampung.
  • MPH Enterprise, Sugai Besar
  • Kilang Nata de Coco, Sungai Besar.
  • Cikgu Nizam, Pengusaha Mangga, Sungai Besar.
  • Bernas, Sungai Besar.
  • Penasihat-penasihat PERMAS
  • Urusetia yang dikasihi
  • Peserta-peserta yang disayangi
  • Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menaiki bas bersama dengan saya kerana sudi memberikan komen dan kritikan yang membina. Insya Allah komen dan kritikan ini akan dijadikan panduan untuk program-program akan datang. Seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan semua.


Akhir kata, jutaan kemaafan dari saya jika sepanjang saya memegang jawatan ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakuakan sama ada saya sedari atau tidak. Harap dapat halalkan mana yang terkurang. Jutaan kemaafan kepada semua yang membaca teks ini andai kata ada yang mengguris hati. Dan jutaan kemaafan dari saya Mohd Nazmi B Amat Yahaya, Presiden PERMAS sesi 05/06 dengan hati yang tulus ikhlas kepada semua. Sayang PERMAS, sayang semua..

-Presiden 05/06-