Saturday, February 13, 2010

salam terakhir..

eyh..
salam pon ade terakhir ek..
=)
mula2 i nak cakap yg i xreti gune bahasa formal kalo i menaip.
jadi sila semua2 set mind post nie bahasa tak formal.
tapi bkn bahasa pasar taw.
sebab i xcakap 3piring 2ringgit 3piring 2ringgit...
(nie nak bgtaw la i rajin pegi pasar tlg mak i)




hari khamis malam @ khamis malam jumaat
dah lepas okeh.
PERMAS UKM telah mengadakan AGM.
oh,lupe plak UKM memartabatkan bahasa melayu.
jadi kami telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke 36.
langsungnyer di fakulti pengajian islam.
tempatnyer dk2.
masanyer 8.30 p.m




majlis ni berjalan dengan meriah sekali sebab kehadiran saya.
=)
alhamdulillah,bersyukur ke hadrat illahi kerana mempermudah urusan kami untuk melangsungkan majlis ini.
i xde gambar la nak upload.
sebab abg mail yg batak camera yg pegang camera mlm tuh dan telah amek gambar dye je.
tggu la abg mail post entri dan korg2 akan tgk pict dye je byk.
sila percaya!
=)




tp i ade la amek pict i lepas majlis tuh.
nak tgk x??
tp i malu la.
erm..
nanti la..
i pakai baju korporat.
nampaknyer baju nie akan i balut kemas2.
i dah tak pegang jawatan ape2 lagi.
i kena reject.
sebab i pemalas nak buat tugas i.
jadi i ditendang.





maaf la.
salah taip la perenggan kat atas tuh.
i nak delete tak boleh.
i tak ditendang.
cuma i je yg tolak.
sebab i rasa i xmampu nak jalankan tanggungjawab.
al-maklumlah i kan wakil pelajar.
(erk???-sila baca dengan nada terkejot)




mula-mula i rasa i boleh jadi pemimpin.
tapi bila i pikir2 balik i rasa i xmampu.
sebab program selalu diadakan pada hari sabtu dan ahad.
i selalu ade kelas.
i rasa malu sebab setakat program yang ada i baru beberapa kali je ikot program.
itupon i dah kira2 berapa kali i ponteng kelas.
dengan xde surat pelepasan kuliahnyer lagi.
itu belom dengan persatuan2 lain yg i ikot.
i kena la bahagi2 kan.
ape punya exco la.
i rasa bersalah sangat2.
nampak sangat i tak kemetod.eyh,komited dengan tanggungjawab i.




jadi dengan nada kecewanyer i telah text naib presiden baru yg i xmahu pegang jawatan baru lagi.
oh,dye xreply mesej i.
xpe la.
tetibe je timbalan presiden baru mesej i.
punya la dia nasihat2 i tanpa dalil.
tapi hati i tetap keras.
nak buat macammana.
karang kalo i jadi exco tapi i tak jalankan tanggungjawab macammana plak.,
tak kan i nak datang time makan free je.
tak kan i juz ade nama+jawatan tinggi dalam PERMAS tapi i tak buat tugas2 i.
lepas tuh nanti org len kena buat tugas i.
kan itu lagi menyusahkan.
i saje tak nak menyusahkan org lain.
i kan baik.




i nak cakap tahniah la pada exco2 seangkatan dengan i dulu.
wah.sume dah naik jawatan tinggi2.
i je turun mendadak.
tapi i puji sket la dekat MT yg lepas.
sume exco lame2 yg xkomited sume dye xoffer jadi exco lagi.
bagus.
tindakan berani.
selalunyer organisasi akan kekalkan jawatan tuh.
bila i dengar org lame2 yg tak komited tak pegang jawatan i rasa macam happy gegiler la.
rasa macam nak buat majlis kesyukuran jer.
eyh,tapi i xcukup bajet.
jadi xde lah majlis tuh.
jangan sape2 tuntut plak.




pada yang memgang jawatan sekarang.
selamat menjalani ibadah anda.
eyh,betul ke ibadah??
selamat menjalankan tanggungjawab anda dengan cemerlang gemilang dan terbilang dalam mencapai wawasan 2020.
boleh gune lagi ke ayat tuh?
eyh,tapi gagasan MT dan Exco kali nie 1malaysia la.
sebab ade warganegara indonesia.
tahniah dan syabas.




eyh,dah panjang ek i taip.
tapi biar la i panjang2 taip.
sebab i takot lepas ni org baru tak bagi i buat karangan lagi dalam nie.
nanti dah xde essay i menakjubkan lagi dalam nie.
karang abg mail pasti rindu.
eyhhhhhhhhh.=)



eh,dah la.
i nak tunjuk sikit diri i.


kecik tak i?hehe..

p/s 1: tapi i tabik spring la dekat 3mantan permas iaitu abg faiz,abg jijol ngan abg ilyas sebab datang malam tuh.even dorg dah xde ape2.dorg still kemetod,eyh dorg still syg dengan permas.kalo macam tu i nak sayang dorg boleh tak?ehehe

p/s 2:kenape exco2 yang sepatutnyer datang tak datang ek?i macam pelik sket la.tapi i dah jumpa jawapannyer.dan i pon dah bagi nasihat dekat org2 yang sepatutnyer.

p/s 3: i harap lepas nie jangan la bagi jawatan yang sama je setiap kali event.gila buhsan naik tempature 40 darjah celcius taw.

p/s 4: lepas nie kalo ade ape2 mesej la awal2.senang orang nak buat perancangan.

p/s 5: semua data2 yang berkaitan dengan permas patutnyer ade dekat dalam desktop kat bilik permas.hari tuh i nak buat research pasal permas.tapi i xjumpa.bila i text org2 yang sepatutnyer dye plak bz.kan dah menyusahkan org lain.i sangat geram.terus i xbuat research, i tukar buat pasal anak johor.buat malu i je.nama je exco permas.sampai sekarang i masih geram sebenarnyer.

p/s 6: i rasa jawatankuasa baru patot buang la yang tak berkaitan dengan permas dalam desktop tuh.nada bengang nih.

p/s 7: i nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.terima kasih daun keladi.lain kali jumpa lagi kalo diizinkan

p/s 8:nie dekat blog i pon i ade letak pasal agm baru2 nie.sila la baca dengan tangan terbuka.

salam sayang: http://princesscastello.blogspot.com/2010/02/meninggalkan-dengan-syarat.html

Saturday, January 2, 2010

SeHari BerSaMa BHES 2010

SaLaM SyG PERMAS UKM KePaDa SeMua..


Biro Hal Ehwal Siswi akan mengadakan

Program : Sehari Bersama BHES
Tempat : Pantai TeL0K KeMang, Port Dicks0n..
Pada : 07 Febuary 2009
Pengangkutan : Disediakan
Byrn : RM5
(sijil+makanan+cenderahati+Pengangkutan)


Terbuka kepada semua siswI UKM

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semUa..

BerMinaT???
Sila type NamaNo.I/CKolej
dan
hantar ke
013-3006981 (Ajk Publisiti)




Wednesday, December 30, 2009

Mesyuarat PERMAS UKM Sem 2 2009/2010

SaLaM SaYanG PERMAS UKM UntuK SeMuA

PerhatiaN KepadA SemuA ahli MT & Exco (TermasuK Timbalan skali)
SilA Hadirkan diri ke Mesyuarat

Pada : 30 Disember 2009 (Rabu)
Jam : 2000 @ 8mlm
Tempat : DK3F301

Kepada semua MT & EXCO& Tim. EXCO
Please jgn uzurkan diri ae..
Sila tunaikan Tanggungjawab....

Oleh :
PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG





Monday, December 21, 2009

SeLaMaT KeMbaLi MahaSiswa/I UKM

Saf kepimpinan PERMAS UKM mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus UKM dengan meneruskan perjalanan kehidupan sebagai seorang yang bergelar Mahasiswa/i. Tidak lupa juga PERMAS UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1431, Semoga tahun ini mendatangkan 1001 kejayaan kepada anda semua.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada Mahasiswa/i yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Peperiksaan Sem 1 sesi 2009/2010. Ukuran kejayaan bukanlah hanya sekadar tinggi pointer semata-mata tetapi aplikasi ilmu yang anda gunakan untuk orang lain.

Aktiviti PERMAS UKM akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini.


Friday, October 30, 2009

MESYUARAT TERGEMPAR !!!

Perhatian kepada semua Majlis Tertinggi dan Exco-Exco PERMAS UKM
Anda diminta menghadiri satu mesyurat tergempar yang akan dipengerusikan oleh
Tuan Presiden PERMAS UKM.
Mesyuarat akan dijalankan pada ketetapan berikut :
HARI : ISNIN
TARIKH : 02 NOVEMBER 2009
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT BILIK GERAKAN PERMAS UKM
PRESIDEN MENGHARAPKAN KEHADIRAN ANDA SEMUA
SEMUA WAJIB DATANG..
Mesej ini admin terima drpd Tuan Presiden
Jam : 10:46am
Tarikh : 30/10/2009
By : Phone Admin ler....=)

Sunday, October 25, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PERMAS 2009/2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang disayangi. Pertama sekali saya selaku Presiden Permas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada exco saya yang mengupgradekan blog permas ini, semoga dengan menggunakan media blog ini dapat merapatkan lagi ukhwah kita. Dan di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir kepada sahabat-sahabat, terutama kepada semua mahasiswa UKM. Di sini saya ingin berkongsi sedikit persiapan yang mungkin dapat membantu kita untuk menghadapi peperiksaan kelak. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadapai peperiksaan dengan baik dan lancar.

PERSEDIAAN AKHIR PEPERIKSAAN

1. Ulang kaji nota-nota ringkas setiap subjek dan gunakan buku rujukan bila perlu.
2. Sediakan jadual ulang kaji yang lebih intensif.
3. Jika timbul ketidakpastian, bincang dengan pensyarah dan juga sahabat-sahabat.
4. Dapatkan set-set soalan sem-sem lepas.
5. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
6. Analisis jadual peperiksaan, gariskan subjek yang anda ambil dan beri perhatian kepada perkara-perkara seperti tarikh, masa, tempat peperiksaan, kod kursus dan juga bahan persiapan menghadapi peperiksaan.
7. Lakukan sebanyak mungkin ibadah kepada Allah, banyak berdoa, banyak kan sembahyang sunat dan lain-lain..

PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN

1. Tidur awal pada hari peperiksaan, satu jam lebih awal, ini penting untuk kesihatan badan dan juga kecergasan minda, kerana perlu di ingat otak kite perlukan 6-8 jam setiap hari untuk berehat.
2. Pastikan anda membawa semua peralatan yang diperlukan semasa peperiksaan, jangan buat persediaan pada hari-hari terakhir.
3. Ingat! Kena ambil sarapan pagi.
4. Pastikan telah berada di tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.
5. Sementara menunggu peperiksaan bermula, lakukan ulangkaji cepat menggunakan carta minda, mind mapping atau akronim untuk mengingatkan isi-isi penting sepintas lalu sahaja.
6. Jagalah kesihatan anda sebaik mungkin.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika ada simptom yang meragukan.

Sekian,
Salam PERMAS untuk semua
Ikhlas
Sdr. Mohd Faizal bin Hj. Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Selangor
Sesi 2008/2009



Friday, October 23, 2009

Blog Berwajah Baru~



Salam PERMAS UKM semua..
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus..akhirnya admin berjaya siapkan wajah terbaru blog PERMAS UKM. Admin hanya menukarkan layout dan sedikit widget pada blog PERMAS UKM yang lama. Sekadar memberi nafas baru kepada blog ini. Diharapkan kepada semua ahli PERMAS UKM tidak jemu untuk melayari laman blog ini.

Kepada semua, admin mengharapkan komen yang membina agar blog ini dari semasa ke semasa akan diperbaiki, diperindahkan dan sebagainya. Salam PERMAS UKM kepada semua. Kepada pengunjung blog harap sudi-sudikan diri untuk chat di ruangan SiLa Ler RajiN2 cHat Ae...
Sekian , Wassalam