Thursday, December 21, 2006

Majlis Tandatangan MoU

Alhamdulillah,kerjasama diantara pihak Gagasan Mahasiswa Islam Zon Tengah (GEMPITA) dan Persatuan Mahasiswa Selangor telah dipersetujui secara rasminya malam tadi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan program-program yang berkualiti yang dapat melahirkan seorang mahasiswa yang berkualiti dan progresif dalam memberikan manfaat kepada mahasiswa lain di dalam kampus dan masyarakat di luar kampus.Secara umumnya ramai yang mengatakan bahawa mahasiswa sekarang adalah lesu; tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif,tidak berani menampilkan diri di khayalayak ramai dan berbagai-bagai lagi isu yang timbul di kalangan mahasiswa.Namun dengan adanya kerjasama ini, suatu anjakan paradigma di harapkan dapat dilakukan bagi memupuk mahasiswa-mahasiswa yang berkualiti dan bukannya mahasiswa yang berkuantiti tetapi tidak mampu menyumbangkan idea,tenaga dan fikiran kepada negara.

Sejajar dengan tujuan kerjasama kedua IPT ini,selepas sahaja majlis tandatangan MoU selesai.Sembang-sembang siswa pula diadakan yang berkisar berkenaan Mahasiswa:Sosialiti VS Kualiti.Ia diadakan dalam bentuk forum yang dipengerusikan oleh En.Hairol Anuar,Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Dr.Abdul Halim Tamuri, Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dan Pn.Rosfdzilla,Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

p/s:Gambar majlis akan diletakkan kemudian.

No comments: