Wednesday, December 27, 2006

Pres Berkata..

Assalammualaikum dan selamat bertemu...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya, kita masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan perjalanan hidup dan melaksanakan amanah yang masih dipikul di bahu kita.Sama ada amanah kita kepada pencipta kita atau amanah kita sesama makhluk.

Dalam sekejap masa sahaja kita telah tiba ke tahun baru, tahun 2007 dan meninggalkan tahun 2006 yang hanya akan tinggal sebagai satu kenangan indah, penuh dengan gelak ketawa, pahit, sedih dan sebagainya yang dapat dirasa. Malahan segala perbuatan kita pada tahun 2006 hanya tinggal tertulis di buku catatan amalan kita pada malaikat rakib dan ‘atid. Kita sebagai manusia dan juga hamba Allah yang tidak berupaya, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan mencari mana kelemahan dan kesalahan kita. Andainya kita sedar akan kelemahan dan kesalahan itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki dan memperbetulkannya. Agar kita tidak leka dan lena dengan apa yang kita lakukan. Kerana kita akan kembali ke sisi-Nya pada bila-bila masa. Andai masanya telah tiba Izrail akan datang menyambut.

Mahasiswa dan mahasiswi, sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan, abang-abang dan adik-adik yang amat diriku kasihi dan sayangi. Tahun baru telah tiba dan Januari 3 kita kembali bermula meneruskan semester. Ingin mengingatkan diri ku ini yang sering lupa dan leka dan juga semua yang membaca, teruskan bersungguh-sungguh mempelajari sementara anda berpeluang lagi. Sewaktu bergelar dan berstatus pelajar lah peluang untuk mahasiswa dan mahasiswi sekalian belajar apa yang seharusnya dan sepatutnya. Janganlah melakukan apa yang tidak sepatutnya anda semua lakukan. Sekadar mengingat diri sendiri dan juga rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi sekalian. Bukankah falsafah UKM adalah “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti”.Kita sebagai penuntut di universiti tercinta ini seharusnya menghayati dan menamnya falsafah ini didalam jiwa.

Tidak lupa kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco PERMAS sesi 2005/2006 yang telah banyak membantu dan menyokong saya selama saya memegang jawatan sebagai presiden PERMAS bagi sesi ini.Tanpa anda semua siapalah saya, dan tanpa diri anda semua PERMAS hanya pada nama. Tetapi dengan semangat kerjasama, silaturrahim, kecekalan dan ketabahan, segala cabaran dan kesusahan kita tempuhi bersama.

Izinkan saya sebutkan nama mereka secara panggilan kerana dengan nama ini terasa rapat dan mesra Ijam, Ayuni, Anim, Haris, Awin, Izlin, Farah, Jabar, Aisyah, Amin, Yat, Rahim, Min, Pian, Aisyah, Haryadi, Aliaa, Fisol, Zurina, Ros, Kak Azidah. Mereka semualah barisan kepimpinan yang telah bertungkus lumus dan bekerjasama bersama-sama saya dalam meneruskan dan mengadakan program-program PERMAS.

Pada bulan satu ini adalah tempoh terakhir jawatan saya dan kami semua. Kepada yang masih meneruskan dan memegang jawatan diharapkan dapat teruskan dan lipat gandakan usaha. Kerana saya percaya pada rakan-rakan semua. Teruskan bawa PERMAS supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada yang lain yang bakal memegang jawatan di dalam PERMAS, tak kira sesiapa pun bantulah PERMAS dan teruskan usaha-usaha murni PERMAS. Kerana saya sayang dengan PERMAS. Sesuatu kenangan yang tidak akan dilupakan. Nasihat saya berkasih sayang dan bermesralah.

Jalinan Kasih Semarak Budi (JASDI V) baru sahaja selesai. Program yang amat menarik dan banyak memberikan pengalaman kepada saya.Diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat :

  • Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo,Menteri Besar Selangor Darul Ehsan
  • Yang Berhormat Puan Noriah Kasnon,Setiusaha Parlimen
  • Yang Berbahagia Dato’ Hj Masloro Hj Abdullah,Wakil Peribadi Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo
  • JKKK kampong Sg. Hj Dorani
  • Pihak Sekolah Kebangsaan Sg. Hj. Dorani
  • Penduduk-penduduk Kampung.
  • MPH Enterprise, Sugai Besar
  • Kilang Nata de Coco, Sungai Besar.
  • Cikgu Nizam, Pengusaha Mangga, Sungai Besar.
  • Bernas, Sungai Besar.
  • Penasihat-penasihat PERMAS
  • Urusetia yang dikasihi
  • Peserta-peserta yang disayangi
  • Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menaiki bas bersama dengan saya kerana sudi memberikan komen dan kritikan yang membina. Insya Allah komen dan kritikan ini akan dijadikan panduan untuk program-program akan datang. Seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan semua.


Akhir kata, jutaan kemaafan dari saya jika sepanjang saya memegang jawatan ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakuakan sama ada saya sedari atau tidak. Harap dapat halalkan mana yang terkurang. Jutaan kemaafan kepada semua yang membaca teks ini andai kata ada yang mengguris hati. Dan jutaan kemaafan dari saya Mohd Nazmi B Amat Yahaya, Presiden PERMAS sesi 05/06 dengan hati yang tulus ikhlas kepada semua. Sayang PERMAS, sayang semua..

-Presiden 05/06-

No comments: