Thursday, December 28, 2006

Salam Aidiladha


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

diucapkan kepada

Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Dato' Dr. Mohd. Wahid Samsudin
Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Pelajar & Alumni)

Pegawai-pegawai
Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Urusetia-urusetia rakan HEP
Universiti Kebangsaan Malaysia

Persatuan-Persatuan Anak Negeri
Universiti Kebangsaan Malysia

Persatuan-Persatuan dan Kelab-Kelab
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penasihat-Penasihat PERMAS

Ahli-Ahli PERMAS
Universiti Kebangsaan Malaysia

Mantan-mantan
Persatuan Mahasiswa Selangor

Semua Mahasiswa dan Mahasiswi
Universiti Kebangsaan Malaysia


daripada


Majlis Tertinggi dan Exco
Persatuan Mahasiswa Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Paras 3,Bangunan Pusanika,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Penggunaan Blog..

Perhatian kepada semua yang melayari blog ini.Disini diterangkan serba sedikit cara penggunaan blog PERMAS ini yang sememangnya disediakan untuk kemudahan anda:

  1. Anda boleh menggunakan ruang BORAK-BORAK untuk bertanya khabar,berborak dengan rakan lain yang juga melayari laman ini,memberi maklumat terkini berkenaan apa sahaja, dan lain-lain lagi.
  2. Waktu solat juga disediakan untuk kemudahan anda menunaikan solat pada waktunya.
  3. Disediakan juga INFO untuk SMPWEB UKM di laman ini.Ini memudahkan anda mendapatkan maklumat secara terus tanpa melalui beberapa laman yang akan melambatkan surfing internet anda.
  4. INFO E-PELAJAR juga disediakan disini secara terus dari laman UKM untuk info-info terkini UKM.
  5. Link secara terus ke server UKM SMPWEB juga disediakan. Ini memudahkan anda tanpa perlu melalui beberapa laman lagi yang kadang kala memakan masa.(Pendek kata anda tidak perlu ke laman UKM, tetapi hanya ke blog PERMAS sahaja untuk mendapatkan maklumat.Kerana segalanya di sini hanya untuk anda...).
  6. Link kepada kerajaan negeri selangor juga disediakan.Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan kerajaan dan negeri selangor di laman ini.
  7. Kemudahan download juga disediakan bagi gambar,audio,video dan sebagainya.Jika anda ingin membuat permintaan anda hanya perlu memberitahu di ruangan borak yang disediakan.
  8. Dan yang paling penting adalah INFO terkini PERMAS. Anda boleh mendapatkan segala info terkini mengenai PERMAS di laman ini.
  9. Anda juga bolehlah memberikan komen dan pendapat yang membina di link yang telah disediakan bagi setiap berita baru.Ini adalah penting bagi membantu PERMAS lebih maju di masa akan datang.
  10. Dan banyak lagi kemudahan lain yang akan menyusul.TUnnnggggguuuuu.......
Untuk pengetahuan semua, blog PERMAS ini adalah masih dalam peringkat BETA.Laman ini akan sentiasa di upgrade untuk kemudahan anda. Insya allah jika ada rezeki PERMAS akan mempunyai portalnya sendiri di masa akan datang.

Hiduuuppp PERMAS......

-Segalanya Di Sini, Hanya Untuk Anda-

Wednesday, December 27, 2006

Pres Berkata..

Assalammualaikum dan selamat bertemu...

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya, kita masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan perjalanan hidup dan melaksanakan amanah yang masih dipikul di bahu kita.Sama ada amanah kita kepada pencipta kita atau amanah kita sesama makhluk.

Dalam sekejap masa sahaja kita telah tiba ke tahun baru, tahun 2007 dan meninggalkan tahun 2006 yang hanya akan tinggal sebagai satu kenangan indah, penuh dengan gelak ketawa, pahit, sedih dan sebagainya yang dapat dirasa. Malahan segala perbuatan kita pada tahun 2006 hanya tinggal tertulis di buku catatan amalan kita pada malaikat rakib dan ‘atid. Kita sebagai manusia dan juga hamba Allah yang tidak berupaya, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan mencari mana kelemahan dan kesalahan kita. Andainya kita sedar akan kelemahan dan kesalahan itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki dan memperbetulkannya. Agar kita tidak leka dan lena dengan apa yang kita lakukan. Kerana kita akan kembali ke sisi-Nya pada bila-bila masa. Andai masanya telah tiba Izrail akan datang menyambut.

Mahasiswa dan mahasiswi, sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan, abang-abang dan adik-adik yang amat diriku kasihi dan sayangi. Tahun baru telah tiba dan Januari 3 kita kembali bermula meneruskan semester. Ingin mengingatkan diri ku ini yang sering lupa dan leka dan juga semua yang membaca, teruskan bersungguh-sungguh mempelajari sementara anda berpeluang lagi. Sewaktu bergelar dan berstatus pelajar lah peluang untuk mahasiswa dan mahasiswi sekalian belajar apa yang seharusnya dan sepatutnya. Janganlah melakukan apa yang tidak sepatutnya anda semua lakukan. Sekadar mengingat diri sendiri dan juga rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi sekalian. Bukankah falsafah UKM adalah “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti”.Kita sebagai penuntut di universiti tercinta ini seharusnya menghayati dan menamnya falsafah ini didalam jiwa.

Tidak lupa kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco PERMAS sesi 2005/2006 yang telah banyak membantu dan menyokong saya selama saya memegang jawatan sebagai presiden PERMAS bagi sesi ini.Tanpa anda semua siapalah saya, dan tanpa diri anda semua PERMAS hanya pada nama. Tetapi dengan semangat kerjasama, silaturrahim, kecekalan dan ketabahan, segala cabaran dan kesusahan kita tempuhi bersama.

Izinkan saya sebutkan nama mereka secara panggilan kerana dengan nama ini terasa rapat dan mesra Ijam, Ayuni, Anim, Haris, Awin, Izlin, Farah, Jabar, Aisyah, Amin, Yat, Rahim, Min, Pian, Aisyah, Haryadi, Aliaa, Fisol, Zurina, Ros, Kak Azidah. Mereka semualah barisan kepimpinan yang telah bertungkus lumus dan bekerjasama bersama-sama saya dalam meneruskan dan mengadakan program-program PERMAS.

Pada bulan satu ini adalah tempoh terakhir jawatan saya dan kami semua. Kepada yang masih meneruskan dan memegang jawatan diharapkan dapat teruskan dan lipat gandakan usaha. Kerana saya percaya pada rakan-rakan semua. Teruskan bawa PERMAS supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepada yang lain yang bakal memegang jawatan di dalam PERMAS, tak kira sesiapa pun bantulah PERMAS dan teruskan usaha-usaha murni PERMAS. Kerana saya sayang dengan PERMAS. Sesuatu kenangan yang tidak akan dilupakan. Nasihat saya berkasih sayang dan bermesralah.

Jalinan Kasih Semarak Budi (JASDI V) baru sahaja selesai. Program yang amat menarik dan banyak memberikan pengalaman kepada saya.Diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat :

  • Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo,Menteri Besar Selangor Darul Ehsan
  • Yang Berhormat Puan Noriah Kasnon,Setiusaha Parlimen
  • Yang Berbahagia Dato’ Hj Masloro Hj Abdullah,Wakil Peribadi Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo
  • JKKK kampong Sg. Hj Dorani
  • Pihak Sekolah Kebangsaan Sg. Hj. Dorani
  • Penduduk-penduduk Kampung.
  • MPH Enterprise, Sugai Besar
  • Kilang Nata de Coco, Sungai Besar.
  • Cikgu Nizam, Pengusaha Mangga, Sungai Besar.
  • Bernas, Sungai Besar.
  • Penasihat-penasihat PERMAS
  • Urusetia yang dikasihi
  • Peserta-peserta yang disayangi
  • Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menaiki bas bersama dengan saya kerana sudi memberikan komen dan kritikan yang membina. Insya Allah komen dan kritikan ini akan dijadikan panduan untuk program-program akan datang. Seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan semua.


Akhir kata, jutaan kemaafan dari saya jika sepanjang saya memegang jawatan ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakuakan sama ada saya sedari atau tidak. Harap dapat halalkan mana yang terkurang. Jutaan kemaafan kepada semua yang membaca teks ini andai kata ada yang mengguris hati. Dan jutaan kemaafan dari saya Mohd Nazmi B Amat Yahaya, Presiden PERMAS sesi 05/06 dengan hati yang tulus ikhlas kepada semua. Sayang PERMAS, sayang semua..

-Presiden 05/06-

Rekod gambar,audio,video dan presentation..

Perhatian kepada semua ahli PERMAS. Blog PERMAS ini akan diwujudkan Ruangan Kenangan. Segala gambar,video dan presentation anda boleh muat turun fail tersebut dari ruangan ini. Atau anda boleh datang sendiri ke bilik PERMAS seperti di alamat yang akan diberikan dibawah untuk mendapatkannya. Ini kerana bermula 8 Januari 2007, PERMAS akan mempunyai rekod digital gambar, video dan dan audio bagi setiap program yang dianjurkan. Anda boleh lah dapatkannya secara percuma atau membelinya di bilik PERMAS.

Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS)
Paras 3, Bangunan Pusanika,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Program JASDI V

Baru-baru ini PERMAS baru sahaja menganjurkan program JALINAN KASIH SEMARAK BUDI (JASDI V). Walaupun ada banyak cabaran dalam menganjurkan program, namun program berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah bermula dari 23 Disember dan berakhir semalam iaitu 26 Disember 2006. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Noriah Kasnon, Setiusaha Parlimen pada 23 Disember 2006 yang lalu. Sementara majlis penutup telah berlangsung pada 26 Disember 2006 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj Masloro Hj Abdullah, Wakil Peribadi Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo.Diantara program-program yang dilaksanakan ialah Program gotong royong, sukaneka, kembara desa, Malam kebudayaan, dan lain-lain lagi.

Friday, December 22, 2006

Temuduga Exco Baru

Assalammualaikum..
Perhatian kepada semua ahli PERMAS.Sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan di dalam Persatuan Mahasiswa Selangor UKM anda dialu-alukan untk menghadiri temuduga yang akan diadakan seperti di maklumat berikut:

Tarikh : 9 dan 10 Januari 2007
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PMUKM,Pusanika.

Syarat-syarat untuk ditemuduga:

  1. Merupakan ahli Permas UKM
  2. Sanggup untuk menempuhi cabaran,menimba ilmu dan memberi komitmen kepada PERMAS
  3. Yang paling penting anda berminat.
Diantara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Presiden
  2. Timb. Presiden
  3. Naib Presiden
  4. Setiausaha Agung
  5. Pen. Setiausaha Agung I
  6. Pen. Setiusaha Agung II
  7. Bendahari Agung
  8. Pen. Bendahari
  9. Kebajikan & Kerohanian
  10. Timb. Exco
  11. Akademik & Kerjaya
  12. Timb. Exco
  13. Ekonomi & Keusahawanan
  14. Timb. Exco
  15. Kom. & Perhubungan Luar
  16. Timb. Exco
  17. Penerbitan & Informasi
  18. Timb. Exco
  19. Sukan & Rekreasi
  20. Timb. Exco
  21. Hal ehwal Siswi
  22. Timb. Exco
Kepada yang bakal dilantik menjadi exco pada sesi akan datang, dapat membawa PERMAS ke satu lagi level yang lebih tinggi dan mampu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkualiti.Pesanan dari saya, Amanah itu semangnya berat,tetapi jika ia ditunaikan dengan sebaiknya ia akan membantu kita diakhirat kelak.Sesungguhnya setiap pemimpin akan ditanya berkenaan apa yang dipimpinnya.

Selamat Ditemuduga......

Wajah Baru

Sempena ketibaan tahun 2007 yang hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi,blog PERMAS insya allah akan berwajah baru dengan sedikit perubahan.Di harapkan dengan perubahan yang sedikit ini dapat menjadikan blog ini lebih menarik dan menyeronokkan untuk dilayari.Anda hanya perlu tunggu dan lihat dengan kemunculan wajah baru blog permas.

Kepada tahun 2006,Selamat berlalu dan segala kenangan pahit,manis dan segalanya yang indah dapat kita abadikan di dalam memori.Marilah kita sama-sama muhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang 2006.Mana yang buruk kita jadikan sebagai pengajaran dan sempadan.Niatkan dihati untuk tidak membuatnya lagi dan tinggalkannya dibelakang.Mana yang baik kita perbaikkan lagi supaya ia dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan orang lain di dunia dan juga di akhirat.

Akhir kata,selamat melayari dan menggunakan kemudahan yang disediakan di blog ini.

"Segalanya di sini,hanya untuk anda"

Thursday, December 21, 2006

MB Selangor Terima Anugerah

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo telah menerima anugerah "ICT Development Awards 2006" daripada PIKOM atas kejayaan Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan bidang ICT di Selangor khususnya dan di Malaysia secara amnya. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Air & Komunikasi, Dato Seri Dr Lim Keng Yaik yang disaksikan oleh Pengerusi PIKOM Tuan Lee Boom Kok di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 10 November 2006 yang lalu.

Majlis Tandatangan MoU

Alhamdulillah,kerjasama diantara pihak Gagasan Mahasiswa Islam Zon Tengah (GEMPITA) dan Persatuan Mahasiswa Selangor telah dipersetujui secara rasminya malam tadi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan program-program yang berkualiti yang dapat melahirkan seorang mahasiswa yang berkualiti dan progresif dalam memberikan manfaat kepada mahasiswa lain di dalam kampus dan masyarakat di luar kampus.Secara umumnya ramai yang mengatakan bahawa mahasiswa sekarang adalah lesu; tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif,tidak berani menampilkan diri di khayalayak ramai dan berbagai-bagai lagi isu yang timbul di kalangan mahasiswa.Namun dengan adanya kerjasama ini, suatu anjakan paradigma di harapkan dapat dilakukan bagi memupuk mahasiswa-mahasiswa yang berkualiti dan bukannya mahasiswa yang berkuantiti tetapi tidak mampu menyumbangkan idea,tenaga dan fikiran kepada negara.

Sejajar dengan tujuan kerjasama kedua IPT ini,selepas sahaja majlis tandatangan MoU selesai.Sembang-sembang siswa pula diadakan yang berkisar berkenaan Mahasiswa:Sosialiti VS Kualiti.Ia diadakan dalam bentuk forum yang dipengerusikan oleh En.Hairol Anuar,Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Dr.Abdul Halim Tamuri, Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dan Pn.Rosfdzilla,Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

p/s:Gambar majlis akan diletakkan kemudian.

Wednesday, December 20, 2006

Kemudahan Berborak

Apa kabor kawan-kawan semua??!Untuk makluman dan untuk seterusnya dan sekian kalinya, blog permas telah diupgrade lagi dengan kemudahan untuk anda berborak bersama rakan-rakan anda yang juga sedang melayari permasukm.blogspot.com.Tetapi pastikan berpada-padalah klu nak berborak tu ye. Janganlah nak berborak yang bebukan plak.TQ...

"Segalanya di sini,hanya untuk anda"

Tuesday, December 19, 2006

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SMS

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 26 Disember 2006, pelajar Prasiswazah Kampus Bangi dan FSKB boleh menyemak keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2006/2007 melalui SMS dengan menaip maklumat berikut:

UKM[space]result[space]nomatrik[space]no ic
dan hantar ke 39993

Hanya pelajar yang menjelaskan semua hutang Universiti sebelum 20hb Disember 2006 sahaja yang boleh mendapatkan maklumat seperti di atas.
Selamat Mengetahui Keputusan!!!

Monday, December 18, 2006

e-group

Perhatian kepada semua, PERMAS telah mempunyai e-group dimana di e-group ini ia akan menjadi satu platform untuk bertukar-tukar idea dan berkenalan sesama ahli PERMAS. Apa tunggu lagi marilah join.JOM!!!...

Anda boleh klik link dibawah atau di link yand disediakan disebelah.
Permas GROUP
(Klik link diatas)

Pelancaran Blog

Kerana PERMAS telah mempunyai BLOGnya sendiri.Maka satu majlis pelancaran blog ini insya allah akan diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 nanti.Pelancaran ini adalah bertujuan untuk menghebahkan bahawa PERMAS telah mempunyai satu platform bagi menyuarakan pendapat dan maklumat kepada semua ahli-ahli PERMAS terutamanya dan semua mahasiswa UKM amnya.

Blog PERMAS ini diadakan adalah bagi memenuhi beberapa tujuan.Diantaranya ialah :
  • Sebagai satu wadah untuk menyampaikan dan menghebahkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti terkini yang dianjurkan oleh pihak PERMAS.
  • Satu platform untuk menyampaikan idea dan berkongsi idea sesama ahli PERMAS dan mahasiswa UKM.
  • Tempat untuk berhubung dengan MT dan Exco PERMAS.
  • Sebagai satu cara untuk mempromosikan PERMAS didalam UKM dan juga di luar UKM.
  • Bagi membentuk identiti PERMAS yang tersendiri.
Akhir kata, marilah kita sama-sama memanfaatkan penggunaan blog PERMAS ini untuk kepentingan bersama dan bersama-sama bertukar-tukar fikiran dan idea di dalam suasana dan persekitaran ilmu yang dapat membentuk perkembangan dan penjanaan fikiran seorang mahasiswa.

Penukaran Penasihat

Baru-baru ini Penasihat 1 PERMAS telah diganti oleh seorang penasihat baru. Jika sebelum ini Penasihat 1 PERMAS adalah Dr.Abd Halim Tamuri,pensyarah di Fakulti Pendidikan,UKM telah diganti dengan Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali,Pensyarah, Pusat Pengajian Sisial, Pembangunan dan Persekitaran,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM.Pertukaran ini berkuatkuasa daripada 1 Disember 2006 sehingga 30 November 2008.Penasihat 2 PERMAS masih lagi sama iaitu Prof.Madya Dr. Shahrul Azman Bin Mohd Noah,Ketua Jabatan Sains Maklumat,Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,UKM.

Oleh itu diharapkan dengan bergantinya penasihat baru ini akan membimbing PERMAS ke arah menjadi sebuah persatuan yang dinamik yang mampu meningkatkan nama persatuan itu sendiri dan juga nama universiti.Juga diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr.Abd Halim yang telah banyak membimbing dan membantu PERMAS dalam mengharungi susah dan senang dalam menempuhi berbagai cabaran yang dihadapi oleh PERMAS...

Sunday, December 17, 2006

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-33

PERHATIAN kepada semua ahli PERMAS UKM bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 akan diadakan pada pertengahan bulan Januari ini. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi melantik barisan kepimpinan baru Persatuan Mahasiswa Selangor UKM. Maklumat lanjut berkenaan mesyuarat tersebut akan disebarkan kemudian.Diharapkan semua ahli dapat mengambil perhatian...TQ..

Kerjasama Dengan GEMPITA, KUIS

Baru-baru ini pihak Gagasan Mahasiswa Islam Zon Tengah (GEMPITA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan jalinan kerjasama dengan pihak PERMAS untuk program-program terpilih yang akan diadakan pada masa akan datang. Pada 20 Disember 2006 ini akan diadakan satu Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara GEMPITA dan PERMAS.Maka selepas majlis tandatangan ini terjalinlah hubungan antara dua pihak untuk mengadakan program-program yang dapat memberikan manfaat kepada penuntut di kedua-dua IPT.

JASDI V

Assalamualaikum...

PERMAS akan mengadakan Program JASDI V:

Tarikh : 23 Disember 2006 - 26 Disember 2006
Tempat : Kg. Sg. Hj. Dorani, Sabak Bernam
Aktiviti : Sukaneka,Malam Kesenian.Kembara Desa,Hari Kesihatan dan banyak lagi...

Penyertaan terbuka kepada SEMUA terutamanya AHLI PERMAS.Apa tunggu lagi...
JOM CEPAT!!DAFTAR SEKARANG....

Program-program

Diantara program-program anjuran PERMAS adalah seperti berikut :

  • Program Selangor Gemilang (PSG)-Program motivasi untuk pelajar sekolah
  • Jalinan Kasih Semarak Budi (JASDI)-Operasi khidmat masyarakat
  • Lawatan Muhibah -Program lawatan ke rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan dan sebagainya.
  • Mesyuarat Agung Tahunan - Pemilihan exco baru
  • Malam Darul Ehsan (MDE)- Jamuan makan malam untuk semua ahli PERMAS
  • Hari Keluarga PERMAS - Sukaneka dan berbagai aktiviti untuk ahli PERMAS
  • Sukan Dan Rekreasi - Program kerjasama dengan PROSTAR

Objektif

· Menjaga Kebajikan Ahli-Ahli PERMAS UKM

· Mendedahkan Pengalaman Berorganisasi

· Mengeratkan Silaturrahim

· Mendedahkan Pelajar Dengan Masyarakat Setempat

· Mencungkil Bakat-Bakat Kepimpinan Yang Ada Pada Ahli-Ahli Permas

Matlamat

Menjadi sebuah persatuan anak negeri yang berkebolehan dalam:

· Menjaga kebajikan dan membantu ahli yang memerlukan bantuan

· Mendedahkan ahli kepada pengalaman berorganisasi serta mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli

· Menjalinkan hubungan diantara ahli dengan ahli dan ahli dengan masyarakat

Misi

Memastikan hubungan diantara mahasiswa/I Selangor terjalin dan kebajikan mereka terjamin

Menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri Selangor serta membantu untuk membina satu masyarakat yang maju dan berkualiti.

Melahirkan mahasiswa/I Selangor yang terpimpim dan berketrampilan untuk mendadi agen perubahan dan pemimpin masyarakat

Visi

Persatuan Mahasiswa Selangor berazam menjadi sebuah persatuan yang berkebolehan dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah untuk membina masyarakat berilmu dan terdidik dengan nilai-nilai murni.

Sejarah Persatuan Mahasiswa Selangor

PERMAS UKM ditubuhkan pada tahun 1974, lewat empat tahun penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Atas kesedaran yang timbul, beberapa orang mahasiswa Selangor yang prihatin terhadap soal kebajikan mahasiswa Selangor di UKM mula menggerakkan persatuan ini secara berperingkat.

Kemudian pada tahun 2000, persatuan ini didaftarkan sekali lagi berdasarkan kelulusan penubuhan Badan Pelajar di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti, seksyen 53 (1) Perlembagaan Universiti (pindaan 1998). Pejabat Urusan PERMAS terletak di Paras 3, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.